Ronaldo dijemput sertai penganjuran Piala Dunia



RIO DE JANEIRO: Jawatankuasa Penganjur Tempatan (LOC) Piala Dunia 2014 menjemput bekas penyerang Brazil, Ronaldo memainkan peranan besar dalam penganjuran temasya itu di Brazil dan akan diumum secara rasmi beberapa hari lagi.

Media Brazil melaporkan bekas Pemain Terbaik Dunia dan juara Piala Dunia itu sudah menerima jemputan LOC.


Presiden Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF), Ricardo Teixeira yang juga ketua LOC berusaha mendapatkan Ronaldo untuk terbabit secara aktif tetapi itu tidak bermakna Teixeira mahu meletak jawatan.

“Ronaldo setuju dan keputusan akhir akan diputuskan beberapa hari lagi,” kata sumber dalaman LOC.


“Beberapa masalah politik berjaya diselesaikan termasuk pemilihan bandar yang akan menjadi gelanggang perlawanan, kini tiba masanya orang lain mengambil alih tugas, memainkan peranan lebih besar dalam jawatankuasa.” Teixeira, 64, mengetuai CBF sejak 1989 adalah ahli Jawatankuasa Eksekutif Fifa yang kini disiasat polis Brazil kerana dakwaan rasuah dan terbabit dalam skandal wang haram.


Beliau menafikan tuduhan itu tetapi ketika ini pelbagai persoalan timbul terutamanya mengenai kesesuaiannya untuk kekal sebagai ketua penganjur Piala Dunia. - Reuters

Kredit : myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan