Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

NEYMAR skills & tricks 2011


Artikel Sukan: Pemain bola Brazil Neymar adalah sensasi sukan Youtube 2011. Untuk yang tak kenal Neymar, ni video kehebatan dia. (Kredit: Utusan Malaysia). Mmg #Pergghh la skill dia. #Pergghh jugak untuk rambut mohawk dia.

Nazmi Faiz Akan Berkerja Keras


BINTANG muda bola sepak negara, Muhd. Nazmi Faiz Mansor berazam mahu mengubati kekecewaan tewas 2-3 kepada Bahrain dalam aksi kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia apabila bertemu Jepun pada Februari tahun depan.

Ramai remaja perempuan tergila-gila dengan Nazmi Faiz. Kepada yang belum tahu, Nazmi Faiz dah mempunyai kekasih. Carilah Pakwe lain ye..hehehhehehe

Khairul Fahmi (Apex) Ingin Bersara Awal Akibat Kontroversi



Kepeda blogger diluar sana, jangan keruhkan lagi keadaan yang semakin tegang. Jangan buat cerita yang bukan-bukan tanpa ada bukti yang kukuh. Khairul Fahmi Che Mat atau mesra dipanggil Apex oleh peminat-peminatnya ingin bersara awal dalam arena sukan bola sepak Malaysia akibat kontroversi melampau yang melanda dirinya.

Selaku antara individu yang cukup mengenali personaliti kapten skuad Olimpik itu, beliau merayu semua pihak khususnya media tempatan memberi ruang kepada Khairul Fahmi untuk memberi tumpuan kepada kerjaya sebagai pemain bola sepak.

Malaysia boleh!!! Apex Boleh!!!!!!

Muhamad Nazmi Faiz Mansor Mengalami Masalah Misteri



Institut Sukan Negara (ISN) akan menjalankan beberapa ujian ke atas pemain muda berbakat, Muhamad Nazmi Faiz Mansor bagi mengenalpasti 'masalah misteri' kekejangan otot yang membelenggu pemain itu. Harap penyakitnya tidak teruk dan dapat mencari mesteri apa yang berlaku.

Saluran RTM Penyiar Rasmi Olimpik London 2012



RADIO Televisyen Malaysia (RTM) telah diberi hak sebagai penyiar rasmi Sukan Olimpik London 2012.

Nazmi Faiz Seiras Pemain Brazil Kaka



Ramai bertanyakan wajah Nazmi Fais tidak tumpah seperti pemain Brazil Kaka. Bila gambar ini di cantumkan ia seperti sama dan dari segi bermaian ketika di padang agak sama persembahan yang di tunjukan. Malaysia BOleh!!!! Malaysia Boleh!!!!!!!!!!!!

Harimau Muda berguru di Australia



NAZMI FAIZ antara pemain skuad Olimpik negara yang akan mengikuti latihan di Australia.
Semakin kuat pemaian Malaysia. Slogan Malaysia Boleh!!! Malaysia Boleh!!!!!

Gambar Harimau Muda Emas Sukan Sea








Kepulangan pasukan Malaysia (Harimau Muda) selepas menang dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea ke-26 di Indonesia di sambut meriah oleh penyokong-penyokong Malaysia. Malaysia menang menerusi sepakan penalti dengan keputusan 4-3 setelah seri 1-1 tamat masa tambahan 120 minit perlawanan.

Kredit : Budaini.com

Ronaldo dijemput sertai penganjuran Piala Dunia



RIO DE JANEIRO: Jawatankuasa Penganjur Tempatan (LOC) Piala Dunia 2014 menjemput bekas penyerang Brazil, Ronaldo memainkan peranan besar dalam penganjuran temasya itu di Brazil dan akan diumum secara rasmi beberapa hari lagi.

Media Brazil melaporkan bekas Pemain Terbaik Dunia dan juara Piala Dunia itu sudah menerima jemputan LOC.


Presiden Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF), Ricardo Teixeira yang juga ketua LOC berusaha mendapatkan Ronaldo untuk terbabit secara aktif tetapi itu tidak bermakna Teixeira mahu meletak jawatan.

“Ronaldo setuju dan keputusan akhir akan diputuskan beberapa hari lagi,” kata sumber dalaman LOC.


“Beberapa masalah politik berjaya diselesaikan termasuk pemilihan bandar yang akan menjadi gelanggang perlawanan, kini tiba masanya orang lain mengambil alih tugas, memainkan peranan lebih besar dalam jawatankuasa.” Teixeira, 64, mengetuai CBF sejak 1989 adalah ahli Jawatankuasa Eksekutif Fifa yang kini disiasat polis Brazil kerana dakwaan rasuah dan terbabit dalam skandal wang haram.


Beliau menafikan tuduhan itu tetapi ketika ini pelbagai persoalan timbul terutamanya mengenai kesesuaiannya untuk kekal sebagai ketua penganjur Piala Dunia. - Reuters

Kredit : myMetro

Pemain Tengah Terbaik Liga Malaysia bagi musim 2011



Safiq Rahim (Selangor) dinobatkan sebagai Pemain Tengah Terbaik.

Penjaga Gol Terbaik Liga Malaysia bagi musim 2011



Khairul Fahmi pula dipilih sebagai pemenang anugerah Penjaga Gol Terbaik

Jurulatih Terbaik Liga Malaysia bagi musim 2011



Ketua jurulatih baru Selangor, Irfan Bakti Abu Salim dipilih memenangi anugerah Jurulatih Terbaik.

Pemain Paling Bernilai (MVP) Supermokh Liga Malaysia bagi musim 2011



NORSHAHRUL Idlan Talaha sekali lagi dinobatkan Pemain Paling Bernilai (MVP) Supermokh Liga Malaysia bagi musim 2011.