Ketahui Bagaimanakah Mengesan Lelaki Teruna Ataupun Tidak

Seperti juga golongan lelaki, golongan wanita juga mahu mempersuamikan lelaki yang masih lagi teruna. Siapa pula yang inginkan bakal suaminya pernah menjalinkan hubungan kelamin dengan wanita lain bukan?

Tetapi mungkin juga ada wanita lebih suka memilih lelaki yang tidak lagi teruna dimana lelaki yang tidak teruna ini lebih berpengalaman dan biasanya golongan ini adalah mereka yang pernah berkahwin.

 Berikut adalah panduan untuk anda mengenali samaada seseorang lelaki itu masih teruna atau tidak. Mungkin boleh dijadikan sebagai bahan rujukan anda :)

 9 Cara Untuk Mengesan Lelaki Teruna Ataupun Tidak

  1. Lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita
  2. Lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan
  3. Lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja
  4. Lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik. lelaki teruna seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku
  5. Lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya
  6. Lelaki teruna membosankan apabila bercinta. gayanya agak “nerd”. gemar berlagak untuk menarik pasangannya.
  7. Lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasanganna
  8. Lelaki teruna terlalu sensitif. mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan
  9. Lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik. mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan.
 Sila ambil perhatian. Panduan di atas bukanlah 100% tepat dan jawapan yang paling tepat untuk mengetahui sama ada lelaki tersebut masih teruna ataupun tidak adalah jawapan yang jujur daripada mulutnya sendiri dan juga setelah anda bersama dengannya iaitu pada waktu malam pertama (untuk yang dah berkahwin sahaja ok!).