Kes Penyamaran Diri Boleh dikenakan Hukuman dan Denda Berat


Kes penyamaran identiti adalah antara kesalahan serius dan boleh diambil tindakan mengikut undang-undang, termasuk Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Menerusi akta berkenaan, penyamar bakal berdepan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Individu yang didapati bersalah walaupun untuk suka-suka, boleh dikenakan hukuman dan denda berat. Apatah lagi jika menyebarkan fitnah dan perbuatan khianat, jelas satu kesalahan. Dalam hal ini, berlaku elemen kacau ganggu yang boleh diambil tindakan mengikut undang-undang dan pihak berkuasa wajar mengambil tindakan kerana terdapat unsur ugutan serta fitnah yang, jika berterusan, boleh mendatangkan kemudaratan.

Kebanyakan orang tidak tahu, perbuatan penyamaran identiti adalah satu kesalahan, malah boleh dikenakan tindakan mengikut akta sedia ada.

Bagi ancaman ugutan pula, individu terbabit akan dikenakan hukuman mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
— at Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

Info : Kepada yang suka menyamar atau fake profile akan di dakwa mengikut akta yang telah ditetapkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan