Hidup Sihat Tanpa Rokok

Tabiat Merokok Membunuh Anda

Merokok mengakibatkan ketagihan. Apabila anda merokok, anda menyedut nikotin. Dalam jangkamasa yang pendek anda akan mendapati bahawa ia adalah sukar untuk mengawal jumlah anda menghisap rokok atau berhenti merokok. Kebanyakkan orang tidak menyedari bahawa mereka telah ketagih kepada tembakau sehingga mereka mencuba untuk berhenti merokok.

TOKSIK DI DALAM ROKOK
• Metanol – Bahan api
• Karbon Monoksida – Asap kereta
• Nitrobenzena – Gasolin
• Butana – Cecair pemetik api
• Raksa – Logam dalam jangkasuhu
• Toulena – Pelarut industri
• Ammonia – Pencuci lantai
• Vinil Klorida – Bahan utama plastik
• Arsenik – Racun tikus
• Kadmium – Bahan utama bateri alkali
• Stearik – Bahan utama dalam lilin
• Sianida – Racun berbisa

Berhenti merokok dapat memperbaiki tahap kesihatan anda dan orang sekeliling.

Katakan Anda Benci Pada Rokok. Kalau Nampak Orang Isap Rokok Lari Sejauh Mungkin. Perang Demi Melindungi Dunia Tanpa Rokok. Hidup Tidak Merokok!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan