Nasib Adam Adli


Siapa si dia? Mengapa kecoh-kecoh? Pelik bukan? Komen anda?




NEYMAR skills & tricks 2011


Artikel Sukan: Pemain bola Brazil Neymar adalah sensasi sukan Youtube 2011. Untuk yang tak kenal Neymar, ni video kehebatan dia. (Kredit: Utusan Malaysia). Mmg #Pergghh la skill dia. #Pergghh jugak untuk rambut mohawk dia.

Apa Semangat dan Azam Tahun Baru 2012


Apa azam tahun baru anda? boleh bagi komen dan cadangan. Kongsi-kongsi azam tahun baru anda. Kalau boleh biarlah maju dan terus maju ke arah positive. Facebook Heppy New Year 2012 pun sudah ada. Harap semua dapat like page ini.


Rakyat Malaysia Perkahwinan Gay


Isu rakyat Malaysia berkahwin dengan pasangan sejenis semakin menarik perhatian setiap blogger. Masing-masing memberi padangan sendiri dan tidak lupa yang suka copy berita orang. Mesti malas nak taip atau tiada idea.

Sejak berita itu keluar, banyak juga blogger antarabangsa menulis isu ini pada setiap blogger. Ada yang kata, Malaysia negara mana? Mesti dia ini orang yang paling buta tentang negara-negara. Bukankah Malaysia mempunyai menara paling tertinggi masa dahulu.

Apa-apa pun, kita doakan supaya orang itu dapat kembalikan imej negara Malaysia. Negatifnya perkahwinan Gay ini adalah imej negara dan agama. Percayalah, seluruh umat Islam akan marah dengan isu ini. Nanti yang dapat berita buruk nama negara Malaysia dan Agama Islam.

Doakan mereka ke jalan yang benar. Amin...Penat membebel


Tak Payah Bangga Seluar Dalam RM2 6Helai


Pelik tengok perempuan zaman sekarang ini. Bangga sangat tunjuk seluar dalam murah dekat orang ramai. Kalau jenama mahal tak apa juga. Busuk punya orang, bikin malu diri sendiri. Bila duduk dekat mana-mana, saja di biarkan kasi orang ramai tengok. Aku pakai spander mahal jenama japan, america,brazil dan lai-lain. Tidak penah sekali ingin ku tunjuk macam ini. Dah tahu baju itu pendek, apa kata pakai yang panjang sedikit. Bikin Malu dan Bikin Panas.


Pelajar IPTA, IPTS dan POLITEKNIK Akan Dapat Baucer RM200



Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajarIPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut:

Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar diTingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.

Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.

Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / Nombor Pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.


Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;

Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.



Freemason Gambar Alien Dan Predator Wujud Di Amazon


Makhluk yang tidak diketahui berdiri di hadapan satu cahaya beberapa kaki darinya, dirakam di satu tempat di Amazon, Brazil. Rakaman ini disedari oleh penulis paranormal, Michael Cohen yang manavideo ini dirakam oleh dua orang pelancong warga Britain yang datang melancong di kawasan Mamaus, Amazon.
Kamera yang merakam gelagat kanak-kanak di Mamaus ini terakam imej yang masih tidak dapat dikenal pasti menambahkan lagi bukti bahawa kita bukan satu-satunya makhluk yang hidup di alam semesta. Makluk itu dilihat tidak bergerak semasa rakaman ini dibuat.Michael Cohan telah pun menghubungi American Film untuk mengesahkan kebenaran video ini.

Info : Ini adalah satu penipuan untuk mengaburi orang ramai tentang kajian teknologi.